KATA-KATA
ALUAN
Oleh itu, blog ini diwujudkan untuk memberi pendedahan tentang kewujudan Rukun Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Rukun Negara diwujudkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang telah meragut ratusan nyawa penduduk di negara ini.
Maka dengan itu, kami ahli kumpulan seramai 5 anggota telah bekerjasama mencurahkan keringat dan idea untuk memastikan blog ini disiapkan. Tujuan utama kami membuat blog ini adalah bagi memberi pendedahan kepada masyarkat Malaysia terutamanya generasi Y. Untuk memahami dengan lebih makna ataupun erti sebenar Rukun Negara yang selaras dengan tajuk blog kami iaitu "Rukun Negara Sebagai Ideologi".
LATAR BELAKANG
Konsep Rukun Negara
- Rukun Negara adalah sebagai ideologi kebangsaan Malaysia.
- Rukun Negara merupakan satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat.
- Mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.
- Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
Objektif dan Matlamat Rukun
Negara
Terdapat beberapa objektif dan matlamat Rukun Negara dalam menyediakan blog ini. Kajian yang dibuat adalah berlandasan kepada objektif yang berikut.
Terdapat beberapa objektif dan matlamat Rukun Negara dalam menyediakan blog ini. Kajian yang dibuat adalah berlandasan kepada objektif yang berikut.
- Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dinikmati bersama-sama dengan adil dan saksama oleh semua anggota masyarakat.
- Untuk memelihara cara hidup demokratik. Perlembagaan Negara juga menjaminkan kebebasan hak asasi masyarakat dan kebebasan dalam kegiatan berpolitik rakyat negara selagi melanggar undang-undang.
- Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Semua rakyat perlu mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan satu negara.
- Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
- Untuk membina sebuah masyarakat prograsif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
1.
Kepercayaan
kepada Tuhan
- Kepercayaan kepada agama ini akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan.
- Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
2.
Kesetiaan
kepada Raja dan Negara
- Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan iaitu Seri Paduka Banginda Yang di-Pertua Agong sebagai Ketua Negara.
- Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak mempunyai raja.
- Raja merupakan lambing perpaduan rakyat.
3.
Keluhuran
Perlembagaan
- Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
- Perlembagaan memberi perlindungan kepada rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
- Perlembagaan menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan:
- Sistem pemerintahan. (Eksekutif )
- Perundangan. ( Legislatif )
- Kehakiman negara. (Judisiari )
4.
Kedaulatan
Undang-Undang
- Kedaulatan undang – undang perlu di terima dan dipertahankan.
- Setiap Negara memerlukan undang - undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
- Sikap bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di Negara ini.
- Prinsip ini menjadi panduan supaya:
i.
Anggota masyarakat sentiasa bertindak dengan
keperibadian bangsa.
ii.
Mengamalkan nilai-nilai murni di Negara ini.
PENGAJARAN/KESAN DARIPADA TOPIK
Sabagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengambil pengajaran
daripada kelima-lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara seperti yang
tercatat dalam Perlembagaan Negara kita. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan
keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini dan berkekalan sehingga ke generasi
yang akan datang.
Selain itu, dapat memperkukuhkan lagi perpaduan kaum
yang terbentuk selama ini untuk mengelakkan berlakunya peristiwa hitam yang
terpalit pada catatan sejarah Negara kita iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang menunjukkan
kerapuhan perpaduan antara masyarakat Malaysia pada masa itu. Perkara tersebut terjadi
apabila masyarakat saling bersangka buruk diantara kaum sehingga menyebabkan nyawa
yang tidak bersalah tergadai begitu sahaja.
Justeru itu, Rukun Negara juga menitik beratkan konsep-konsep
kerohanian terhadap tuhan. Selain itu, menyentuh aspek-aspek menghormati undang-undang
yang ada di Malaysia serta memupuk semangat sopan santun dan berbudi bahasa di
kalangan masyarakat Malaysia. Seterusnya, nilai-nilai murni di antara kaum dapat
tersemat dalam diri kita.
Berdasarkan hal-hal di atas, Rukun Negara seharusnya
menjadi pegangan yang kukuh bagi setiap masyarakat Malaysia ini demi menjaga keamanan dan kemakmuran di bumi bertuah
ini.
RUJUKAN
Antara rujukan yang menjadi rujukan kami dalam menghasilkan blog ini ialah seperti berikut:
Antara rujukan yang menjadi rujukan kami dalam menghasilkan blog ini ialah seperti berikut:
- Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin, 2014 Pengajian Malaysia, Selangor, Oxford Fajar Sdn, Bhd. (008974-T)
- En Amran Bin Idris, En Ismail Bin Kosman dan Tn. Hj. Md Lasa Bin Yahya, 2012 Nota Pembelajaran & Lembaran Praktis Pengajian Am, Selangor D.E, Local Publications
- https://www.youtube.com/watch?v=_CJkyNR_C6M (sumber daripada youtube)
- http://www.jpnin.gov.my/isytihar_krn (sumber daripada internet)
KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara didunia termasuk Malaysia. Ianya penting kerana tanpa perpaduan dalam sesebuah negara maka negara itu akan mudah digugat oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Dengan mengamalkan Rukun Negara ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara dan tanah air. Serta dapat bersatu padu untuk bekerjasama serta selaras dengan tema kemerdekaan negara kita pada kali ini iaitu " SEHATI SEJIWA"
Kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit iaitu melupakan semua asal usul negara setelah sekian lama negara ini mengecapi keamanan. Melalui perpaduan yang kukuh ianya dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, menegakkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit iaitu melupakan semua asal usul negara setelah sekian lama negara ini mengecapi keamanan. Melalui perpaduan yang kukuh ianya dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, menegakkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
AKHIR KATA...
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
Blog ini ditubuhkan khas untuk tugasan mata pelajaran Pengajian Malaysia semester 1 dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah iaitu kelas DEP1A. Sila ikuti blog kami untuk menerima maklumat mengenai "Rukun Negara Sebagai Ideologi". Kami juga memerlukan kerjasama anda untuk menambahkan lagi maklumat di blog ini tentang mata pelajaran Pengajian Malaysia.
Kami memohon maaf andai terdapat kesalahan & kekhilafan fakta sepanjang penulisan blog ini.
Sekian, terima kasih. dan salam 1 Malaysia...
Blog ini ditubuhkan khas untuk tugasan mata pelajaran Pengajian Malaysia semester 1 dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah iaitu kelas DEP1A. Sila ikuti blog kami untuk menerima maklumat mengenai "Rukun Negara Sebagai Ideologi". Kami juga memerlukan kerjasama anda untuk menambahkan lagi maklumat di blog ini tentang mata pelajaran Pengajian Malaysia.
Kami memohon maaf andai terdapat kesalahan & kekhilafan fakta sepanjang penulisan blog ini.
Sekian, terima kasih. dan salam 1 Malaysia...